Tafsir al-Quran Berdasarkan Struktur Makro – Surah 31 – Surah Luqman

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 23m 01s ] – SURAH LUQMAN – Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Muhd Asri Yusoff

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube https://youtu.be/yy-QtWHHXGQ ]

TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – SURAH 31 – LUQMAN

TANDA MASA  TAJUK PERBINCANGAN

1- 01:38  – Mesej Utama

2- 04:40 – Zaman Diturunkan

3- 06:32 – Perkaitan Surah Luqman Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya

4- 09:03 – Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah

5- 09:05 – a. Allah s.w.t. bersifat “hakeem” (bijaksana)

6- 11:30 – b. Di dalam surah ini diperintahkan manusia bersyukur

7- 17:19 – c. Di dalam Surah Luqman manusia dinasihati supaya mengelak diri daripada pemujaan kepada nenek moyang, mereka diseru memilih jalan tauhid

8- 18:52 – d. Di dalam surah ini diberikan beberapa dalil tentang Allah sebagai khaliq (pencipta) dan manusia diminta supaya menerima tauhid uluhiyyah

9- 21:00 – e. Di dalam Surah ini juga terdapat dalil-dalil tauhid ilmu

SINOPSIS

                                          ================================

                                              MESEJ UTAMA SURAH LUQMAN

                                          ================================

1. Hikmat yang paling besar ialah kesedaran untuk bersyukur.

2. Dengan syukurlah manusia menerima jalan tauhid.

3. Tauhid adalah keadilan dan syirik adalah kezaliman

4. Dalil-dalil tauhid. Nota: Di dalam surah ini anak-anak muda yang baru memeluk Islam diperintahkan supaya melayani dengan baik ibu bapa mereka yang musyrik.

                                           ================================ 

                                              TEMA UTAMA SURAH LUQMAN

                                          ================================

1. Syirik adalah suatu kezaliman yang amat besar. Manusia diperintahkan supaya bersyukur dan mengelak diri dari pemujaan terhadap nenek moyang.

2. Segala ujian di dunia dan segala sistem pembalasan baik dan buruk di akhirat nanti adalah berasaskan hikmat.

3. Diperintahkan manusia bersyukur, hasil dari perasaan syukur itulah lahir aqidah tauhid. Syukur adalah sifat hamba-hamba Allah yang setia. Manusia yang tidak bersyukur dan setia hanya ingat kepada Allah pada waktu ditimpa musibah tetapi hamba Allah yang bersyukur ingat kepada Allah pada bila-bila masa.

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – Surah No 31 – Luqman

Tafsir al-Quran Berdasarkan Struktur Makro – Surah 30 – Surah ar-Rum

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 22m 29s ] – SURAH AR-RUM – Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Muhd Asri Yusoff

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube  https://youtu.be/aglMlDoPbC0 ]

TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – SURAH 30 – SURAH AR-RUM

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 0:28 – Mesej Utama

2- 05:03 – Zaman Diturunkan

3- 06:34 – Ciri Khusus Surah Ar-Rum

4- 07:06 – Perkaitan Surah Ar-Rum Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya

5- 08:50 – Beberapa Kata Kunci dan Tema Utama Surah

6- 08:53 – a. Salah satu tema terpenting Surah Ar-Rum ialah akhirat dan pertemuan dengan Allah di akhirat

7- 11:36 – b. Ketua-ketua orang-orang kafir Quraisy diingatkan bahawa sejarah menjadi saksi Allah telah menghukum orang-orang yang berdosa dan memberi pertolongan kepada orang-orang mu’min.

8- 12:21 – c. Terdapat tujuh ayat di dalam surah ini dimulakan dengan lafaz “wa min aayaatihi”

9- 22:00 – d. Dalil-dalil “anfusi”.

SINOPSIS

                                                        ==========================

                                                        MESEJ UTAMA SURAH AR-RUM

                                                       ==========================

1. Berita gembira akan mendapat kemenangan dalam peperangan Badar.

2. Dalil-dalil akhirat.

3. Berita gembira akan mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.

Nota: Dalam Surah ini diramalkan orang-orang Rum akan mengalahkan orang-orang Parsi dan orang Islam mendapat kejayaan. Ianya menjadi kenyataan 8 atau 9 tahun kemudian.

                                                         =========================

                                                         TEMA UTAMA SURAH AR-RUM

                                                         =========================

1. Masalah sebenar ramai manusia ialah mereka tidak rnempercayai hari kemudian dan tidak mempercayai juga pertemuan dengan tuhan.

2. Hujan dikemukakan sebagai dalil dan bukti bagi adanya hari kebangkitan, di mana Allah menyuburkan dan menghijaukan muka bumi setelah menurunkan hujan, begitulah juga Dia akan menghidupkan orang-orang yang mati.

3. Dalil “aqli” untuk akhirat ialah Allah mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup.

4. Dalil-dalil “anfusi” untuk akhirat, manusia diseru supaya merenungi diri sendiri bahawa Allah tidak menjadikan seluruh alam ini tanpa tujuan, ia adalah tempat ujian. Oleh itu manusia hendaklah menerima adanya hari akhirat dan hendaklah hidup berpandukan hukum-hukum Allah.

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – Surah No 30 – ar-Rum

Tafsir al-Quran Berdasarkan Struktur Makro – Surah 28 – Surah al-Qasas

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 18m 23s ] – SURAH AL-QASAS – Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Muhd Asri Yusoff

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube https://youtu.be/4Z_9jNsNZKo ]

TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – SURAH 28 – SURAH AL-QASAS

TANDA MASA  TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:34 – Mesej Utama

2- 05:01 – Zaman Diturunkan

3- 06:37 – Perkaitan Di antara Surah Al Qashash Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya

4- 07:44 – Beberapa Kata Kunci dan Tema Utama Surah

5- 07:47 – a. ” `Uluww fil ardhi” (Bermaharajalela di bumi) adalah satu istilah khusus di dalam Al-Qur’an

6- 15:15 – b. “Istikbaar fil ardhi” juga merupakan satu istilah khusus Al-Qur’an.

7- 16:12 – c. Fir`aun dan bala tenteranya serta kakitangan kerajaannya disebutkan sebagai mala’.

8- 16:19 – d. Di dalam Surah Al-Qashash dinyatakan perbezaan di antara dua bentuk kepimpinan

e. Di dalam Surah Al-Qashash, perkataan “junud” dan “junudahuma” diulang sebanyak dua kali.

f. Di dalam Surah Al-Qashash, perkatan “ilah” dipakai dengan erti pemerintah yang mempunyai kuasa mutlaq.

g. Di dalam Surah Al-Qashash, pecahan perkataan “ihlak” beberapa kali digunakan.

h. Perkataan “zhohir” (penolong atau pembantu) dua kali digunakan di dalam surah ini.

SINOPSIS

                                          ================================

                                               MESEJ UTAMA SURAH AL-QASAS

                                          ================================

1. Bermaharaja lela di bumi merupakan salah satu sebab utama manusia dibinasakan di dunia dan tidak mendapat syurga di akhirat.

2. Alangkah banyak bangsa-bangsa yang bangga dengan kehidupan mereka dan megah dengan kemewahan ekonomi dan gaya hidup mereka telah dibinasakan oleh Allah. Ia boleh dijadikan sebagai i’tibar oleh bangsa-bangsa kaya dan mewah yang hidup di abad ke-21 ini dan golongan materialis hingga ke hari kiamat.

3. Hamba-hamba Allah yang baik-baik janganlah sekali-kali menjadi pembantu dan penyokong orang-orang kafir dan orang-orang zalim.

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – Surah No 28 – al-Qasas

Tafsir al-Quran Berdasarkan Struktur Makro – Surah 27 – Surah an-Naml

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 51m 36s ] – SURAH AN-NAML – Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Muhd Asri Yusoff

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube  https://youtu.be/jLBpddQMkao ]

TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – SURAH 26 – SURAH AN-NAML

TANDA MASA  TAJUK PERBINCANGAN

1. 00:36 – Mesej Utama

2. 03:11 – Zaman Diturunkan

3- 04:49 – Perkaitan Di antara Surah An-Naml Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya

4. 06:49 – Beberapa Kata Kunci dan Tema Surah

5. 06:52 – a. Di dalam surah ini terdapat ayat tarji`. Ianya diulangi sebanvak lima kali.

6- 10:10 – b. Di dalam Surah an-Naml, perkataan `arsh (takhta atau singgahsana) diulangi sebanyak empat kali.

7- 10:58 – c. Perkataan `uluww (menguasai atau mengatasi) tersebut dua kali di dalam Surah an-Naml.

8- 12:24 – d. Di dalam surah ini disebutkan juqa kezaliman kaum Tsamud dan kaum Fir’aun.

9- 12:29 – e. Di dalam surah ini juga tersebut kerosakan yang ditimbulkan oleh 9 orang ketua kaum Tsamud dan kerosakan oleh Fir’aun.

10- 12:38 – f. Untuk memperkenalkan al-Our’an.

11- 12:57 – g. Empat perkara perlu direnungi berhubung dengan Islam di dalam Surah an-Naml.

SINOPSIS

                                 ================================

                                         MESEJ UTAMA SURAH AN-NAML

                                 ================================

1. Terimalah agama Islam dengan menerima seruan Rasulullah dan seruan al-Quran kepada kepercayaan tauhid dan adanya hari akhirat.

2. Dalil-dalil tentang tauhid “Uluhiyah” dan “Hakimiyyah”

3. Pemerintahan yang ada hendaklah digunakan untuk dakwah kepada tauhid.

                               ================================

                                          TEMA UTAMA SURAH AN-NAML

                               ================================

Perhatikan kekuasaan Allah:

a) melalui penciptaan langit dan bumi, menurunkan hujan lalu menumbuhkan tanam-tanaman,

b) mencipta bumi dan mengadakan bukit-bukau dan sungai-sungai

c) renungilah diri sendiri, Allah mendengar seruan orang yang gelisah dan terdesak lalu menghilangkannya.

d) Allah yang berkuasa menunjuk jalan walaupun pada waktu gelap gelita; Dia juga berkuasa melepaskan angin.

e) Allah lah yang memulakan kejadian manusia dan akan mengulanginya kembali dan Dialah yang memberi rezeki kepada manusia.

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – Surah No 27 – an-Naml

Tafsir al-Quran Berdasarkan Struktur Makro – Surah 26 – Surah as-Syu’ara’

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 51m 36s ] – SURAH AS-SYU’ARA’ – Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Muhd Asri Yusoff

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube  https://youtu.be/z7v3916noU0 ]

TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – SURAH 26 – SURAH AS-SYU’ARA’

TANDA MASA  TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:24 – Mesej Utama

2. 03:27 – Zaman Diturunkan

3- 05:06 – Kesinambungan Surah As-Syu`ara’ Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya

4- 07:07 – Beberapa Kata Kunci, Tema Surah dan Ayat-Ayat Tarji` Yang terdapat Di dalamnya

5- 23:03 – a. Di dalam Surah As-Syu`ara’ terdapat beberapa ayat tarji` iaitu ayat-ayat yang diulangi beberapa kali.

6. 26:43 – b. Rabbul `Alamin

7- 30:32 – c. Di dalam Surah As-Syu`ara’ juga setelah mengemukakan kisah-kisah benar 9 orang rasul, sebanyak 9 kali diulangi ayat tarji`

8- 33:00 – d. Hikmat penggunaan dua sifat Allah, Al `Aziz dan Ar Rahim di dalam Surah As Syu`ara’

9- 44:25 – e. Di dalam surah As Syu`ara’ ini tersebut bahawa tukang-tukang sihir yang hendak berlawan dengan Nabi Musa sebelum melemparkan tali-tali yang dipintal mereka dan tongkat-tongkat mereka, mengucapkan “bi `izzati Fir`aun” sebelum melemparkannya.

10- 45:43 -f. Di dalam surah As Syu`ara’ juga terdapat ancaman kepada bangsa-bangsa yang mendustakan ajaran yang dibawa oleh para nabi dan rasul.

SINOPSIS

                                          ================================

                                            MESEJ UTAMA SURAH AS-SYU’ARA’

                                          ================================

1. Semua para nabi menyeru supaya beribadat kepada Allah tuhan semesta alam dan taat kepada mereka.

2. Berimanlah kepada al-Quran berpandukan dalil “ardhi” dan “tarikhi” di samping menerima sifat Allah yang Maha Perkasa dan Maha Penyayang.

                                        ================================

                                         TEMA UTAMA SURAH AS-SYU’ARA’

                                        ================================

1. Manusia ditanya berkali-kali, “Adakah kamu tidak mahu menyelamatkan diri?”. Menyelamatkan diri dari benda-benda haram, menyelamatkan diri dari perkara-perkara mungkar, menyelamatkan diri dari kemurkaan Allah dan menyelamatkan diri dari akibat buruk yang akan menimpa di dunia dan di akhirat kerana kejahatan-kejahatan yang dilakukannya.

2. Nabi-nabi terdahulu (Nabi Nuh, Hud, Shaleh, Luth, Shu’aib dan Musa) menyeru kepada tauhid dan meninggalkan pemujaan kepada nenek moyang dan berhala-berhala, taat kepada Rasul, tidak mengatakan, “Tidak ada orang yang lebih kuat dari kita”, tidak menzalimi orang lain, tidak mengikut dan patuh kepada ketua yang zalim, tidak terlibat dalam hubungan seks yang menyeleweng, tidak mengurangkan timbangan dan mencari rezeki dari sumber yang haram, tidak melakukan kerosakan di atas muka bumi dan seumpamanya.

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – Surah No 26 – as-Syu’ara’

Tafsir al-Quran Berdasarkan Struktur Makro – Surah 25 – Surah al-Furqan

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 27m 51s ] – SURAH AL-FURQAAN – Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Muhd Asri Yusoff

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube  https://youtu.be/rvtPi-a1uy4 ]

TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – SURAH 25 – SURAH AL-FURQAAN

TANDA MASA  TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:34 – Mesej Utama

2- 02:33 – Zaman Diturunkan

3- 03:50 – Perkaitan Surah Al-Furqaan Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya

4- 04:56 – Beberapa Kata Kunci Dan Tema Surah

5- 04:59 – a. Di dalam surah Al-Furqaan terdapat tiga ayat yang dimulakan dengan perkataan “Tabaaraka” yang bererti “Maha Berkat”

6- 08:06 – b. Di dalamnya juga tersebut tanggungjawab-tanggungjawab Rasullullah s.a.w.

7- 10:45 – c. Tujuan al-Qur’an diturunkan

8- 12:18 – d. Kritikan dan bantahan orang-orang Mekah

9- 14:41 – e. Jenayah-jenayah kaum musyrikin Mekah

10- 16:04 – f. Manusia diberikan kebebasan memilih, sesiapa yang mahu dia boleh memilih jalan orang yang bersyukur kepada Allah

SINOPSIS

                                           ================================

                                            MESEJ UTAMA SURAH AL-FURQAAN

                                          ================================

1. Menjawab tuduhan dan kritikan terhadap Rasulullah dan al-Quran berpandukan dalil “afaaqi” dan “anfusi” daripada al-Quran.

2. Arahan supaya menyempurnakan hujjah kepada musyrikin Mekah yang tidak percaya kepada tauhid dan akhirat.

3. Seruan kepada orang-orang musyrikin Mekah yang buruk peribadinya supaya memiliki sifat-sifat ahli syurga iaitu ” ‘ibaadurrahman” (hamba tuhan ar-Rahman)

                                         ================================

                                          TEMA UTAMA SURAH AL-FURQAAN

                                         ================================

1. Keberkatan Allah yang melimpah ruah kepada hambanya dengan dianugerahkan al-Quran, sistem alam yang terdiri dari bulan, matahari dan lain-lain dan disediakan ni’mat-ni’mat di akhirat berupa syurga dan singgahsana-singgahsana mewah.

2. Al-Furqan (al-Quran) diturunkan untuk memberi ancaman dan peringatan kepada seluruh manusia.

3. Manusia diberikan kebebasan memilih; sesiapa yang mahu, dia boleh memilih jalan orang yang bersyukur kepada Allah.

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – Surah No 25 – al-Furqan

Tafsir al-Quran Berdasarkan Struktur Makro – Surah 24 – Surah An-Nuur

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 59m 10s ] – SURAH AN-NUUR – Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Muhd Asri Yusoff

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube  https://youtu.be/dt46p-k5uGc ]

TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – SURAH 24 – SURAH AN-NUUR

TANDA MASA  TAJUK PERBINCANGAN
 
 
1- 00:56 – Mesej Utama
2- 07:07 – Zaman Diturunkan
3- 11:38 – Perkaitan Surah An Nuur Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
4- 18:13 – Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
5- 18:17 – a. Di dalam Surah An-Nuur dinyatakan kewajipan melaksanakan hukum hakam Allah.
6- 18:44 – b. Di dalam Surah An-Nuur diberikan hukum-hukum yang terang
7- 28:16 – c. Hukuman dan balasan di dunia dan di akhirat untuk orang-orang yang menuduh orang-orang perempuan muslim dengan tuduhan-tuduhan yang jahat.
8- 37:04 – d. Erti perkataan “zeenah” di dalam Surah an-Nuur
9- 39:14 – e. Hanya orang-orang yang beriman dapat melaksanakan undang-undang Islam dengan lengkap dan sempurna
10- 41:25 – f. Tazkiah dikatakan sebagai perkara yang boleh menghindarkan manusia daripada kemungkaran, perbuatan-perbuatan keji dan juga tidak bermoral
11- 43:07 – g. Di dalam surah an-Nuur terdapat perintah supaya memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah orang lain
12- 46:27 – h. Taat kepada pemimpin adalah suatu yang perlu untuk kehidupan bermasyarakat
13- 51:54 Perbandingan di antara Surah Al-Ahzab Dan Surah An-Nuur
 
SINOPSIS
 
                                           ================================
                                                 MESEJ UTAMA SURAH AN-NUUR
                                           ================================
1. Tinggalkanlah kekufuran dan nifaq.
2. Ikutlah undang-undang kekeluargaan, kemasyarakatan dan undang-undang jenayah Islam.
3. Janji memberi kuasa pemerintahan.
 
                                                      ===========================
                                                       TEMA UTAMA SURAH AL-NUUR
                                                      ===========================
1. Taat kepada pemimpin adalah suatu yang perlu untuk keutuhan kehidupan bermasyarakat.
2. Perintah menjaga “mata” (penglihatan) kepada lelaki dan perempuan.
3. Tuntutan supaya institusi-institusi negara Islam melaksanakan dengan sebaik-baiknya pelbagai aspek undang-undang sivil, kemasyarakatan dan undang-undang jenayah.
 
NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE
 
 

Tafsir al-Quran Berdasarkan Struktur Makro – Surah 22 – Surah al-Hajj

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 43m 34s ] – SURAH AL-HAJJ – Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Muhd Asri Yusoff

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/WJoRwr7Q7Rs ]

TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – SURAH 22 – SURAH AL-HAJJ

TANDA MASA  TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:47 – Mesej Utama

2- 02:31 – Zaman Diturunkan Surah Dan Latar Belakangnya

3- 09:14 – Perkaitan Surah Al-Hajj Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya

4- 12:15 – Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah

5- 12:19 – a. Di dalam surah ini dikemukakan perbandingan di antara dua kepimpinan yang berlainan ideologi.

6- 19:23 – b. Perbantahan orang-orang musyrikin tanpa ilmu dan dalil.

7- 20:58 – c . Keraguan tentang hari akhirat.

8- 21:34 – d. Dua sikap berhubung dengan tauhid doa.

9- 22:14 – e. Didalam surah ini disebutkan tentang نعم المولى (pelindung terbaik) dan بئس المولى   (pelindung terburuk) (Ayat 78 dan 13).

10- 25:50 – f. Dua sunnatullah terhadap manusia-manusia yang durjana, pertama diberi peluang dan seterusnya dihukum. Di dalam ayat 44 dan 48 surah ini, dua sunnatullah tersebut dikemukakan.

11- 28:51 – g. Berita gembira untuk orang-orang muhajirin yang dizalimi.

12- 30:59 -h. D iakhir surah ini diperintahkan supaya umat Islam bermujahadah betul-betul di jalan Allah.

13- 36:24 -i. Empat tanggunqiawab keraiaan Islam.

14- 40:53 -j. Nama sebenar orang-orang Islam ialah Muslimin.

15- 42:57 -k. Asas perpaduan dan kesatuan umat Islam.

SINOPSIS

                                             ================================

                                                 MESEJ UTAMA SURAH AL-HAJJ

                                            ================================

1. Perisytiharan kesalahan dan  jenayah orang-orang musyrikin Mekah dan dalil-dalil keharusan memerangi mereka.

2. Pesanan kepada orang-orang Islam supaya taat, beribadat, berda’wah, menyedari maksud penubuhan kerajaan Islam.

                                              ==============================

                                                  TEMA UTAMA SURAH AL-HAJJ

                                              ==============================

1. Orang-orang yang menegakkan kebenaran akan terus berjihad hingga ke hari kiamat. Rasulullah s.a.w. bersabda, bermaksud: “Akan terus ada satu golongan dari umatku, mereka berjuang di atas landasan kebenaran dan akan terus berjuang hingga hari kiamat”.

2. Dua sunnatullah terhadap manusia-manusia yang durjana:

(a) Sunnatullah yang pertama ialah Allah memberikan peluang kepada kaum yang zalim dengan melewatkan azab terhadap mereka, balasan buruk tidak terus diberikan

(b) Sunnatullah kedua ialah menghukum setelah diberikan peluang

3. Jihad bukan sekadar perang. Jihad boleh dilakukan dengan lidah, pena dan juga pedang. Menegakkan keadilan dan kesaksamaan juga termasuk dalam jihad. Jihad bermula sebaik sahaja seseorang memeluk agama Islam dan menganut aqidah tauhid yang betul.

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – Surah No 22 – al-Hajj

Tafsir al-Quran Berdasarkan Struktur Makro – Surah 21 – Surah al-Anbiya’

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 20m 42s ] – SURAH AL-ANBIYA’ – Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Muhd Asri Yusoff

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube https://youtu.be/64B_XLpiquw ]

TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – SURAH 21 – SURAH AL-ANBIYA

TANDA MASA  TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:40 – Mesej Utama

2- 05:45 – Zaman Diturunkan

3- 06:57 – Perkaitan Surah Al-Anbiya’ Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya

4- 08:46 – Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah

5- 08:50 -a. Di dalam Surah al-Anbiya’ setelah menyebutkan nama beberapa orang nabi dikatakan semua mereka adalah manusia yang baik dan manusia yang dipilih Allah.

6- 10:19 – b. Di dalam surah ini beberapa nama nabi disebutkan kemudian dinyatakan peribadi dan perjuangan mereka secara rinqkas.

7- 19:26 – c. Rasulullah s.a.w. diperolok-olokkan dan dipermain-mainkan.

8- 20:21 – d. Rasulullah dituduh dengan pelbagai tuduhan.

e. Salah satu tujuan utama kejadian alam semesta dan kejadian manusia.

f. Satu perkara ajaib telah didedahkan berkenaan dengan kejadian langit dan bumi.

f. Pendedahan yang menakjubkan tentang air.

SINOPSIS 

                                                 =============================

                                                  MESEJ UTAMA SURAH AL-ANBIYA’

                                                ==============================

1- Sekelian nabi menyeru kepada aqidah tauhid

2. Nabi Muhammad adalah rahmat untuk sekelian alam, dialah pewaris ajaran Nabi Ibrahim yang sebenar dan dia adalah mata rantai terakhir para rasul, oleh itu bersuluhkan dalil-dalil al-Quran janganlah kamu mendustakan rahmat Allah itu; berimanlah kepada-Nya kalau tidak musibah akan menimpa kamu.

                                               ==============================

                                                 TEMA UTAMA SURAH AL-ANBIYA’

                                                ==============================

Tujuan manusia diciptakan adalah untuk mengujinya dengan kebaikan dan keburukan. Ia akan menghadapi kegembiraan dan kesedihan, setelah mati dia akan diminta menjawab tentang segala tanggungjawab yang diberikan kepadanya. Para nabi:

a) melakukan kerja-kerja yang baik, bahkan mereka berlumba-lumba dalam kerja-kerja kebajikan,

b) memerintahkan supaya umatnya bershalat dan berzakat,

c) adalah orang-orang yang baik dan shaleh, mereka adalah orang-orang yang tinggi akhlak dan peribadinya,

d) adalah hamba Allah yang sangat benar dan setia, mereka sangat kuat beribadat,

e) berdoa ke hadrat Allah dengan penuh minat dan penuh harapan di samping penuh rasa takut dan gerun kepada Allah,

f) adalah orang-orang yang khusyu’. Khusyu’ ialah ketundukan jiwa dan fikiran yang kesan-kesan baiknya ternyata pada jasad dan anggota badan,

g) adalah contoh dalam kesabaran dan sifat istiqamah ketika menghadapi keadaan-keadaan yang sulit.

NOTA: Satu pendedahan ajaib telah dikemukakan tentang kejadian langit dan bumi bahawa kedua-duanya pada asalnya bercantum kemudian ia dipisahkan oleh Allah. Alangkah sesuainya pendedahan yang dibuat 1,400 tahun yang lalu dengan teori “Big Bang” yang dikemukakan oleh saintis moden hari ini. 

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – Surah No 21 – al-Anbiya’