2- 09:58 – Zaman Diturunkan Surah Dan Latarbelakangnya
3- 18:01 – Perkaitan Surah Thaha Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
4- 20:02 – Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
5- 20:05 – a. Pengenalan tentang al-Qur’an diberikan di permulaan Surah Thaha dan juga di akhimya.
6- 23:30 – b. Dua ayat di dalam surah ini adalah penting untuk membuktikan tauhid uluhiyyah (ayat 8 dan 14)
7- 28:47 – C. Sembahyang diperintahkan supaya dijaga dengan baik untuk mengingati Allah (Ayat 14)
8- 29:04 – D. أولى النهى (orang-orang yang beraqal).
SINOPSIS
==============================
MESEJ UTAMA SURAH THAHA
==============================
Wahai orang-orang Islam! Belajarlah daripada sejarah hidup Nabi Musa. Di bawah naungan al-Quran kamu hendaklah menghadapi Iblis dan Fir’aun di zaman kamu dengan penuh sabar dan istiqamah.
==============================
TEMA UTAMA SURAH THAHA
==============================
1. Al-Qur’an bukan beban kepada manusia dan adalah peringatan dan nasihat untuk orang yang takut kepada tuhan.
2. Al-Qur’an diturunkan bertujuan menyelamatkan manusia daripada kemurkaan Allah dan supaya mereka berupaya untuk berfikir.
3. Balasan buruk kerana berpaling daripada al-Qur’an ialah kehinaan di hari akhirat dan kesempitan hidup di dunia dan akan dibangkitkan dalam keadaan buta.
4. Antara tujuan seruan al-Qur’an ialah membuktikan kebenaran ajaran tauhid Uluhiyyah dan menyebar luaskan tauhid Asmaa’ Allah dan sifat-sifat-Nya yang indah.
3- 08:07 – Perkaitan Surah Maryam Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
4- 18:08 – Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
5- 18:11 – a. Gaya bahasa yang aneh dan luar biasa digunakan di dalam Surah Maryam sebaqai dalil-dalil kebenaran ajaran tauhid.
6- 30:04 – b. Punca sebenar kesyirikan orang-orang musyrikin Mekah.
7. 32:37 – c. Di dalam Surah Maryam, satu dalil aqli dikemukakan dalam bentuk pertanyaan bahawa tuhan yang telah menjadikan manusia dari tiada kepada ada, adakah tidak berkuasa untuk menjadikan Nabi ‘Isa tanpa bapa? (Ayat: 9)
8- 36:08 – d. Bani Israil tidak menjaga dengan baik sembahyang yang diwajibkan ke atas mereka
9- 39:07 – e. Berhubung dengan kebinasaan kaum dan umat.
SINOPSIS
==============================
MESEJ UTAMA SURAH MARYAM
==============================
Tinggalkanlah aqidah “trinity” dan pilihlah aqidah tauhid yang murni.
==============================
TEMA UTAMA SURAH MARYAM
==============================
1. Satu dalil aqli dikemukakan dalam bentuk pertanyaan bahawa tuhan yang telah menjadikan manusia dari tiada kepada ada, adakah tidak berkuasa untuk menjadikan ‘Isa tanpa bapa?
2. Allah selalu membiarkan bangsa-bangsa yang derhaka bermewah-mewah dan berseronok dengan kehidupan yang serba lengkap untuk satu jangka masa, kemudian Dia membinasakan mereka.
4- 11:39 – Perkaitan Surah Al-Kahfi Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
5- 14:30 – Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
6- 20:10 – a. Perkataan زينة disebut sebanyak tiga kali dalam surah ini iaitu pada ayat 7, 28 dan 46
7- 36:18 – b. Surah ini juga menyebutkan tentang perlindungan dan kekuasaan mutlaq Allah. Ia membatalkan aqidah orang-orang kafir yang percaya غير الله juga berkuasa melindungi dan menjaga mereka. Perkataan ولي، أولياء dan ولاية juga telah digunakan pada beberapa tempat di dalam surah ini, lihat ayat 17, 26, 44, 50 dan 102.
8- 37:22 – c (i) Orang yang disesatkan Allah tidak akan ada sesiapa pun yang dapat menolong dan membimbingnya (Ayat: 17)
9- 37:44 – c (ii) Tidak ada wali (penjaga dan pelindung) kepada manusia selain Allah, Allah s.w.t. tidak berkongsi dengan sesiapa pun dalam menetapkan keputusan- Nya (Ayat 26)
10- 41:56 – c (iii) Selepas musnah kebun seorang tuan tanah yang sombong, terbuktilah bahawa hanya kekuasaan Allah sahaja yang benar (Ayat 44)
12- 54:39 – Perenggan 3 – Ayat 32 – 59 – Ujian dalam lebih dan kurangnya harta kekayaan – Kisah dua orang tuan tanah
13- 1:05:14 – Perenggan 4 – Ayat 60 – 82 – Ujian dalam banyak dan sedikit ilmu – Kisah Nabi Musa dan Khadir
14- 1:23:12 – Perenggan 5 – Ayat 83 – 102 – Ujian dalam kekuasaan – Kisah Zul Qarnain
5- 1:26:55 – Di dalam surah ini disebutkan dengan terperinci ciri-ciri istimewa Al Qur’an, ia dapat dilihat dalam ayat 1, 2, 3, 4, 6, 27, 29 dan 54
16 1:28:12 – Terdapat 2 ayat di dalam surah ini berkenaan dengan kebebasan beragama iaitu ayat 20 dan 29
17- 1:31:54 – Perkataan الحياة الدنيا tersebut sebanyak 5 kali dalam surah ini, melaluinya hakikat dunia didedahkan
18- 1:36:22 -F. Perkataan لقاء yakni pertemuan dengan Tuhan di akhirat nanti disebutkan sebanyak 2 kali di dalam surah ini.
Beberapa ayat didalam surah ini menyebutkan berkenaan dengan perihal hari kiamat iaitu ayat 21, 47, 48, 49, 52 dan 98.
SINOPSIS
==============================
MESEJ UTAMA SURAH AL-KAHFI
==============================
1. Tujuan perhiasan hidup di atas muka bumi.
2. Ujian terhadap amalan manusia.
3. Ujian istiqamah dengan ajaran tauhid.
4. Ujian banyak harta, kemuliaan dan ramai bilangan keluarga.
5. Ujian harta benda dan anak-anak.
6. Ujian terhadap yang berkuasa.
7. Manusia diseru mengenepikan kecintaan terhadap dunia dan menerima ajaran al-Quran yang menyeru kepada aqidah tauhid dan aqidah adanya hari kemudian.
==============================
KELEBIHAN SURAH AL-KAHFI
==============================
1. Sesiapa yang menghafal 10 ayat permulaan Surah al-Khafi akan terpelihara dari Dajjal.
2. Sesiapa yang membaca 3 ayat di permulaan Surah al-Kahfi akan terpelihara dari Dajjal.
3. Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi di hari Jumaat, ia akan menjadi cahaya kepadanya di antara dua Jumaat.
4. Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi dia akan mendapat cahaya di hari kiamat dan sesiapa membaca 10 ayat di akhirnya kemudian (andaikata) Dajjal keluar, ia (Dajjal) tidak akan memudaratkannya.
=========================
TEMA UTAMA AL-KAHFI
=========================
1. Semua perhiasan dan kecantikan dunia bertujuan menguji manusia, siapakah antara mereka yang terbaik amalannya. Harta benda dan anak-anak juga merupakan perhiasan hidup dunia.
2. Rasulullah s.a.w. diperintahkan supaya menjaga 3 perkara:
(a) Terus bersabar bersama Sahabat
(b) Sentiasa berhati-hati dengan kecantikan dunia
(c) Jangan tertekan dengan tekanan pihak berkuasa yang kafir.
3. Surah ini juga menyebutkan tentang perlindungan dan kekuasaan mutlaq Allah
4-10:39 – Perkaitan Surah Bani Israil Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
5- 12:05 – Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
6- 12:08 -a. Di dalam Surah Bani Israil selain dinyatakan keistimewaan dan keutamaan Al-Qur’an, dinyatakan juga sikap orang musyrikin terhadapnya
7- 16:38 – b. Satu lafaz khusus telah digunakan sebanyak tiga kali di dalam Surah Bani Israil iaitu lafaz إستفزاز.
8- 25:23 – c. Kesalahan-kesalahan dan jenayah-jenayah yang dilakukan oleh Bani Israil dan seruan Islam untuk mereka
9- 25:57 – d. Di dalam Surah Bani Israil juga digunakan perkataan وكيل sebagai sifat Tuhan
SINOPSIS
==============================
MESEJ UTAMA SURAH AL-ISRA’
==============================
1. Setelah seruan supaya beriman kepada al-Quran disampaikan, pemimpin Quraisy berusaha membantun (menghapuskan sehingga ke akar umbi) Nabi s.a.w dan pengikut-pengikutnya dari bumi Mekah. Ianya tak ubah seperti tindakan Fir’aun terhadap Nabi Musa dan pengikut-pengikutnya dahulu. Tetapi Allah, sebaliknya, telah membantun mereka.
2 Berita gembira akan menguasai Mekah dan Baitul Maqdis.
========================
KELEBIHAN SURAH ISRA’
========================
Hadith bermaksud: Rasulullah s.a.w. tidak tidur di atas tilamnya sebelum membaca Surah Bani Israil (al-Isra’) dan Surah az-Zumar
=========================
TEMA UTAMA AL-ISRA’
=========================
Keistimewaan dan keutamaan al-Quran
a) Qur’an menunjukkan jalan yang lurus (Ayat 9).
b) Al-Qur’an ibarat serampang dua mata, sebagaimana ia menjadi penawar dan rahmat kepada orang-orang mu’min, ia juga menjadi sebab kepada orang-orang zalim bertambah rugi (Ayat 82).
c) Al-Qur’an dapat menjadi pembimbing kepada orang-orang yang percaya akan adanya hari akhirat, manakala kepada orang-orang yang mengingkari hari akhirat ia menjadi dinding yang menghalang mereka daripada mendapat petunjuk (Ayat 45)
d) Al-Qur’an mencabar jika sekalian manusia dan jin saling bekerjasama untuk menulis kalam seperti al-Qur’an ini nescaya mereka tidak akan mampu melakukannya kerana kalam Allah sama sekali tidak akan sama dengan kalam makhluk (Ayat 88).
7- 24:26 – b. Dalil-dalil tauhid rububiyyah, tauhid uluhiyyah dan tauhid haakimiyyah
8- 37:14 – c. Sifat-sifat pimpinan Quraisy dan kesalahan-kesalahan mereka
9- 43:02 – d. Kesempurnaan tauhid tidak mungkin dicapai tanpa menolak thaghut
10- 43:52 -e. Menolak syirik kepada من دون الله dan غير الله. Di dalam surah ini juga dibuat perbandingan di antara Allah dan من دون الله dan غير الله.
11- 44:59 – f. Menolak kepercayaan yang tidak menerima hari akhirat dan dalil-dalil membuktikan adanya hari akhirat
g. Kesombongan pemimpin-pemimpin kafir Quraisy
h. Sifat-sifat taqwa yang ada pada Rasulullah s.a.w. dan Sahabat-sahabatnya
i. Berita gembira akan berhijrah ke Madinah dan kelebihan hijrah
j. Musyrikin Mekah diminta supaya mensyukuri ni’mat Allah seperti Nabi Ibrahim
12- 49:26 – k. Tuntutan menunaikan hak-hak Allah dan janji Allah
“Dan janganlah kamu menjadi seperti perempuan yang telah merombak satu persatu benda yang dipintalnya, sesudah ia selesai memintalnya kuat teguh; dengan kamu menjadikan sumpah kamu sebagai tipu daya (untuk mencabuli perjanjian yang telah dimeteraikan) sesama kamu, disebabkan adanya satu golongan yang lebih ramai dari golongan lain. Sesungguhnya Allah hanya mahu menguji kamu dengan yang demikian itu; dan Ia sudah tentu akan menerangkan kepada kamu, pada hari kiamat, apa yang kamu berselisihan padanya”.
SINOPSIS
==============================
MESEJ UTAMA SURAH AN-NAHL
==============================
1. Perdebatan dengan orang-orang yang tidak mempercayai tauhid, risalah dan hari akhirat.
2 Tuntutan menerima tuhan pencipta dan Rabb dan juga sebagai hanya tuhan yang layak disembah.
3. Arahan kepada orang-orang Islam supaya terus menyampaikan dakwah dengan penuh sabar, taqwa, hikmah dan ihsan
=========================
TEMA UTAMA AN-NAHL
=========================
1. Allah s.w.t. menjadikan manusia dalam suatu bentuk dan keadaan yang memestikan ia mati. Ada di antara manusia yang dipanjangkan umurnya sehingga menjadi nyanyuk setelah ia mempunyai ilmu yang cukup (Ayat 70)
2. Di dalam Surah an-Nahl diberikan bermacam-macam dalil lain untuk membuktikan tauhid, ia dinamakan “ayat” atau “ayaat” (tanda-tanda kebesaran Allah). Manusia diminta berfikir tentangnya dan merenunginya supaya akhirnya dia menerima Allah sebagai “khaliq” lalu menerima tauhid “khaliqiyyah”, menerima Allah sebagai “rabb” lalu menerima tauhid “rububiyyah”, menerima Allah sebagai “ilaah”, lalu menerima tauhid “uluhiyyah” dan juga menerima Allah sebagai hakim dan pembuat undang-undang lalu menerima tauhid haakimiyyah.
3. Allah telah memberi kebebasan memilih antara baik dan buruk kepada manusia, sesetengah manusia menyediakan minuman yang halal daripada buah-buah yang diciptakan Allah, sesetengah manusia pula membuat minuman yang memabukkan daripada buah-buah itu. Orang-orang yang beraqal hanya berpada dan berasa cukup dengan rezeki yang baik daripada Allah lalu bersyukur kepada-Nya, sementara orang-orang yang bodoh pula cenderung kepada rezeki yang haram (Ayat 67).
4. Syaitan dan Iblis hanya dapat mempengaruhi orang-orang yang menjadikannya sebagai teman dan orang-orang yang melakukan kesyirikan (Ayat 100).
5. Di akhir ayat surah ini umat Islam dihiburkan dan diberi berita gembira bahawa mereka jangan merasakan bersendirian, sebaliknya Allah ada bersama mereka. Ini kerana Allah bersama orang-orang yang bertaqwa dan orang yang melakukan amalannya dengan baik (Ayat: 128).
3- 6:23 – Perkaitan Surah Al Hijr Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
4- 7:34 – Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
SINOPSIS
==============================
MESEJ UTAMA SURAH Al-HIJR
==============================
1. Membuktikan kebenaran hukum balasan baik dan buruk di akhirat berdasarkan dalil-dalil “afaaki” (alam semesta), “anfusi” (diri manusia) dan “tariikhi” (sejarah).
2. Ancaman kebinasaan terhadap orang-orang musyrikin.
3. Arahan supaya terus berdakwah dan menyampaikan agama Allah tanpa menghiraukan tekanan orang-orang kafir dan tanpa ada kepentingan duniawi.
=====================
TEMA UTAMA AL-HIJR
=====================
1. Iblis yang biadab telah bersumpah bahawa ia akan menyesatkan semua anak Adam dan akan menghiasi dunia di mata mereka sehingga mereka akan tertarik dengannya (Ayat 39).
2. Surah al-Hijr telah memberi gambaran yang ajaib dan luar biasa tentang planet bumi apabila di dalamnya tersebut bahawa Allah telah menjadikan setiap benda di bumi dengan cukup seimbang. Setiap zarah dan unsur di bumi ditimbang dengan timbangan yang rapi (Ayat 19).
1. Berita gembira untuk Rasulullah bahawa Baginda akan menguasai Mekah dan Islam akan berkuasa dengan sepenuhnya.
2. Orang-orang kafir Quraisy Mekah akan menjadi seperti saudara-saudara Yusuf yang mengharapkan belas kasihan.
=========================
TEMA UTAMA SURAH AR-RA’D
=========================
1. Dikatakan kepada orang-orang musyrikin bahawa Allahlah yang berkuasa melapangkan dan menyempitkan rezeki, mereka sepatutnya tidak seronok dan berpuas hati dengan kehidupan dunia ini sahaja (Ayat 26).
2. Diperjelaskan kepada orang-orang musyrikin bahawa menyeru kepada Allah dan berdoa kepada-Nya jua merupakan satu tindakan yang benar.
3. Kesalahan-kesalahan golongan musyrikin Mekah ialah, mereka menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain (Ayat 16 dan 33), mereka menolak kerasulan Muhammad (Ayat 43), tidak percaya kepada hari kemudian dan mereka membuat bermacam-macam rancangan jahat dan tipu daya.
1. Orang-orang yang menerima aqidah tauhid dan hari akhirat daripada Nabi Muhammad dan al-Quran adalah “ulul albab” (orang-orang bijaksana)
2. Orang-orang yang tidak menerima aqidah tauhid dan hari akhirat selain dari jahat, mereka juga bodoh.
3. Pertentangan yang berlaku di antara mereka adalah pertentangan di antara Haq dan Bathil
4. Sebagaimana sikap mereka yang berbeza, kesudahan mereka juga akan berbeza.
=========================
TEMA UTAMA SURAH RA’D
=========================
1. Nabi Yusuf telah menolak syirik, bagunda telah melarang manusia mengikut adat resam nenek moyang yang salah, baginda juga menyeru manusia supaya menyembah Tuhan yang Esa (Ayat 40). Di dalam penjara pun, Nabi Yusuf tetap menyeru orang ramai kepada ajaran tauhid.
2. Allah dengan rahmat dan limpah kurnia-Nya boleh mengampuni dosa manusia yang berasa bersalah dan menyesal atas perbuatan salahnya.
Dengan menerima seruan al-Quran, ajaran tauhid dan bertaubat daripada syirik dan dosa-dosa dan memohon keampunan daripada Allah, sesuatu kaum diselamatkan dari dibinasakan. Jika tidak, mereka juga mungkin dibinasakan seperti kaum-kaum sebelumnya.
==============================
KEUTAMAAN SURAH HUD
==============================
Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Surah Hud, al-Waqi’ah, al-Mursalat, Surah an-Naba’ dan Surah at-Takwir telah membuatkan aku beruban (menjadi tua)”.
=========================
TEMA UTAMA SURAH HUD
=========================
1. Bangsa-bangsa yang bersalah boleh selamat daripada dibinasakan jika mereka beristighfar memohon keampunan daripada Allah.
2. Orang-orang musyrikin meragui al-Qur’an sebagai kalam Allah, lalu mereka dicabar untuk mencipta sepuluh surah seperti surah-surah al-Quran dengan meminta bantuan sekelian makhluk.
3. Hak-hak asasi manusia untuk memilih agama diterima di dalam Surah Hud melalui lidah Nabi Nuh. Allah berfirman: “Bukti yang terang dari tuhanku ada padaku, aku mendapat rahmat dan hidayat daripadanya. Tetapi kalau kamu terus mahu menjadi buta maka aku tidak akan memaksakan seruanku kepada kamu dalam keadaan kamu tidak inginkannya”. (Surah Hud, Ayat 28).
1. Penyempurnaan hujjah berpandukan dalil-dalil al-Quran yang teguh terhadap orang-orang yang tidak menerima kerasulan dan tidak menerima hari akhirat.
2. Jawapan kepada kritikan dan bantahan mereka.
==============================
TEMA UTAMA SURAH YUNUS
==============================
1. Sebelum mengambil langkah jihad terhadap orang-orang kafir, terlebih dahulu perlu disempurnakan hujjah kepada mereka dengan menyeru mereka kepada ajaran tauhid berpandukan dalil-dalil yang kukuh dan dengan mengadakan perbincangan secara baik.
2. Al-Qur’an diperkenalkan secara terperinci; bahawa ia adalah kalam Allah, ia merupakan rahmat kepada orang-orang mu’min dan ia adalah kalam yang benar.
3. Manusia yang sibuk dan tenggelam dalam kesibukan dunia tidak percaya akan bertemu dengan tuhan di akhirat nanti dan mereka tidak menghiraukan dalil-dalil al-Qur’an. (Ayat 7)
4. Manusia yang memuja dunia dan keras kepala juga tidak percaya akan bertemu dengan tuhan di akhirat nanti, mereka dibiarkan bertindak sewenang-wenangnya dalam kehidupan ini. (Ayat 11)