[Muat Turun Artikel – Format PDF]
VIDEO – [Durasi – 37m 11s ] – SURAH YAA SIIN – Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Muhd Asri Yusoff
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/fXitaBrzITY ]
TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – SURAH 1 – SURAH YAA SIIN
1- 00:39 – Mesej Utama
2- 01:53 – Zaman Diturunkan
3- 04:04 – Penggunaan “dhomir” dalam bentuk “jama` mutakallim”
4- 07:41 – “Mizaj Jalali” Surah Yaasiin
5- 09:27 – Kelebihan Surah Yaasiin
6- 10:49 – Perkaitan Surah Yaasiin Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
7- 13:09 – Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
8- 13:13 – a. Perkataan “Subhanallah” digunakan dua kali di dalam surah Yasin
9- 16:50 – b. Perkataan “Aziz” juga digunakan dua kali di dalam surah ini.
10- 18:27 – c. Perkataan “Rahim” juga digunakan dua kali di dalam surah ini.
11- 20:05 – d. Di dalam Surah ini terdapat juga dalil-dalil rahmat Allah walaupun secara keseluruhannya ia merupakan surah “jalaliyyah”.
12- 21:30 – e. Di dalam Surah Yaasiin, “ghairullah” diperlekeh dan dihina untuk membuktikan aqidah tauhid.
13- 21:53 – f. Perkataan keampunan dan “ajr karim” disebut dua kali di dalam surah ini.
14- 22:49 – g. Melalui sifat kuasa dan kehendak yang mutlaq, tauhid kuasa dan tauhid iradat ditsabitkan.
SINOPSIS
================================
MESEJ UTAMA SURAH YAA SIIN
================================
Percayalah kepada seruan tauhid, kepercayaan kepada hari akhirat dan kebenaran al-Quran yang dibawa oleh Muhammad s.a.w setelah percaya bahawa “tuhan-tuhan” selain Allah tidak mempunyai kuasa dan ikhtiar. Sebaliknya Allah mempunyai kuasa dan kehendak. Percaya bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah rasul-Nya.
======================================================
ADAKAH HADITH TENTANG KELEBIHAN SURAH YAA SIIN SAHIH? ======================================================
Tidak terdapat satupun hadith sahih berhubung kelebihan Surah Yasin; yang ada hanyalah beberapa hadith dhaif malah ada hadith yang menyatakan kelebihan Surah Yasin adalah maudhu’ (palsu)
================================
TEMA UTAMA SURAH YAA SIIN
================================
1. Allah, tuhan yang berkuasa penuh terhadap segala-galanya dan tempat kembali segala-galanya, Maha Suci daripada segala kekurangan dan kea’iban.
2. Manusia yang degil tidak dapat mengambil pengajaran daripada apa-apa yang berlaku pada masa lalu, mereka juga tidak berfikir tentang masa depan, kerana itulah mereka boleh menolak seruan rahmat daripada tuhan ar-Rahman.
NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE
NOTA TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – Surah No 36 – Yaasiin
