[Muat Turun Artikel – Format PDF]
VIDEO – [Durasi – 28m 34s ] – SURAH QAF – Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Muhd Asri Yusoff
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/2T0fsFYIBCw ]
TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – SURAH 50 – SURAH QAF
1- 00:45 – Mesej Utama
2- 04:12 – Zaman Diturunkan Dan Latar Belakangnya
3- 02:54 – Kelebihan Surah Qaf
4- 04:12 – Perkaitan Surah Qaf Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
5- 05:51 – Hizb Terakhir
6- 09:49 – Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
7- 10:46 – a. Di dalam surah ini dikemukakan beberapa kritikan dan bantahan orang-orang musyrikin Mekah terhadap al-Qur’an
8- 11:03 – b. Di dalam surah ini disebutkan sifat-sifat pemimpin-pemimpin musyrikin Mekah
9- 11:51 – c. Sebagai perbandingan, dikemukakan pula sifat-sifat Rasulullah s.a.w.
10- 12:19 – d. Di dalamnya juga tersebut kelebihan-kelebihan dan keutamaan-keutamaan Rasulullah s.a.w serta para Sahabatnya.
11- 12:58 – e. Di dalam surah ini, kepentingan dan keistimewaan “qalb munib” ditonjolkan
12- 13:53 – f. Empat dalil membuktikan kebenaran akhirat dikemukakan di dalam surah ini
13- 29:39 – g. Sejarah kebinasaan bangsa-bangsa dijadikan sebagai dalil bagi adanya pembalasan dan hukuman di akhirat
14- 25:16 h. Dalil-dalil akhirat
15- 25:59 i. Di dalam surah ini, sifat ilmu Allah diperjelaskan dengan berbagai cara
SINOPSIS
=====================
MESEJ UTAMA SURAH QAF
=====================
1. Dalil-dalil aqli dan dalil-dalil daripada sejarah tentang pendustaan terhadap rasul-rasul dan adanya hari akhirat yang ditujukan kepada pimpinan Quraisy (yang tidak percayakan akhirat dan tidak percayakan Nabi Muhammad).
2. Perintah supaya Rasulullah s.a.w bersabar, bertasbih, bertahmid dan bersolat di samping mengingatkan manusia (dengan al-Quran) tentang hal-ehwal syurga dan neraka.
==================
KELEBIHAN SURAH QAF
==================
Rasulullah s.a.w selalu mambacanya dalam sembahyang dua hari raya, sembahnyang Jumaat dan sembahyang maghrib.
===================
TEMA UTAMA SURAH QAF
===================
1. Sifat -sifat pemimpin Musyrikin Mekah,
a. Sangat tidak bersyukur
b. Sangat degil dan keras kepala terhadap kebenaran
c. Sangat suka mencegah orang daripada kebaikan
d. Berada dalam keraguan
e. Musyrik
2. Keutamaan-keutamaan Rasulullah s.a.w serta para Sahabatnya.
a. Orang-orang yang bertaqwa
b. Orang yang suka merujuk kepada Allah
c. Sangat menjaga hak-hak dan tanggungjawab
d. Takut kepada Allah walaupun tidak melihat-Nya.
e. Mempunyai hati yang menghadap Allah
f. Penyabar, suka memuji Allah dan bertasbih kepada-Nya.
g. Mengingatkan orang ramai dan menasihati mereka dengan al-Quran ketika berda’wah dan menyampaikan agama.
3. Kewujudan hari akhirat dibuktikan dengan dalil naqli bahawa tuhan yang telah menciptakan buat kali pertama, kenapa tidak mungkin menciptanya buat kali kedua?
NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE
NOTA TAFSIR AL-QURAN BERDASARKAN STRUKTUR MAKRO – Surah No 50 – Qaf
