Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.
(1) Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?
(2) Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?
(3) Dan Ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan, –
(4) Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras, –
(5) Lalu Ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.
[ Terjemahan Bahasa Malaysia Dari http://www.surah.my/ dan mungkin ada sedikit perbezaan dengan terjemahan oleh Maulana Abd Hadi ]
EKSTRAKS DARI TAFSIR RINGKAS (MAULANA ABD HADI)
====================================================
1. Melalui surah al-Fill, kita tahu tentang akibat dari “cinta dunia”
2. Raja Yaman memerhatikan bahawa orang Mekah dapat mengumpulkan banyak harta kerana ramai orang pergi menunaikan haji di sana
3. Orang Mekah adalah orang yang bertuah, walaupun Mekah tidak mempunyai hasil bumi, tapi semata-mata kerana kedatangan manusia ke sana mereka boleh hidup
4. (Melihat keadaan ini) Raja Yaman bermesyuarat dan membuat keputusan untuk membina “Kaabah” di Yaman. (Dengan harapan) orang akan datang dan menjalankan perniagaan di sana
5. Sang Raja menyangka bahawa orang berhimpun di Mekah kerana mengejar harta benda dunia. Kerana biasanya bila ada orang berkumpul, maka akan ada lah habuan dunia
6. Dia bina sebuah “kaabah” yang besar di Yaman dan menjemput orang luar datang ke sana. Tetapi tidak ada yang mengunjungi “kaabah” yang dia bina
7. Mereka membuat keputusan untuk meruntuhkan Kaabah di Mekah untuk menarik orang supaya mengunjungi “kaabah” mereka di Yaman
8. Dalam fikiran mereka Kaabah adalah untuk mendapat kepentingan dunia
9. Lalu, mereka pergi ke Mekah untuk meruntuhkan Kaabah di sana
10. Orang Mekah melarikan diri, dan bila ditanya mengapa mereka melarikan diri sedangkan mereka adalah penjaga Kaabah. Lalu dijawab, kami hanya jaga kambing dan unta, Kaabah ada yang menjaganya, jadi kami tidak perlu jaga Kaabah.
11. Allahlah yang jaga lambang tauhid dan Kaabah adalah lambang tauhid.
12. Walaupun ahli tauhid tidak ada (di Mekah), tapi Allah tetap jaga lambang tauhid.
13. Dari sini kita dapat tahu bahawa, dalam perkara agamapun manusia mencari “dunia”. Di mana (kita dapati) bilamana ada kumpulan agama, maka terdapatlah individu-individu (yang mengambil kesempatan) mencari rezeki.
14. “Tidakkah kamu tahu, bagaimana Allah, Rabb kamu, telah lakukan terhadap tentera bergajah”
15. Tentera yang paling hebat di zaman itu, datang dengan gajah, dengan hasrat meruntuhkan Kaabah untuk memajukan negerinya.
16.”Tidakkah Allah jadikan usaha jahat mereka itu sia-sia?”
17. “Allah lepaskan burung-burung Ababil untuk lawan gajah”
18. “(Yang) melemparkan ke atas mereka dengan batu dari sijjil.
Lalu Allah jadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan ulat menjadikan badan mereka berlubang-lubang
19. Mereka menghina lambang tauhid demi kepentingan duniawi, lalu Allah hancurkan mereka.
Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.
(1) Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji,
(2) Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya;
(3) Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!
(4) Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam “Al-Hutamah”.
(5) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia “Al-Hutamah” itu?
(6) (Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya), –
(7) Yang naik menjulang ke hati;
(8) Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka.
(9) (Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang.
[ Terjemahan Bahasa Malaysia Dari http://www.surah.my/ dan mungkin ada sedikit perbezaan dengan terjemahan oleh Maulana Abd Hadi ]
==============================================
EKSTRAKS DARI TAFSIR RINGKAS (MAULANA ABD HADI)
==============================================
1. Orang yang cinta “dunia”, perangainya buruk; tidak boleh diharapkan darinya perkara yang baik.
2. Bila tidak dapat cukup dia akan mengomel, bila dapat lebih pun dia akan mengomel (tidak puas hati). Bila dapat sesuatu tetapi tidak cukup dia akan keji orang, tetapi bila dapat lebih pun dia akan keji orang
3. Ini adalah kerana sifat “dunia” yang menyebabkan manusia bersikap buruk
4. Allah berfirman: “Celaka besar kepada orang yang mengumpat dan mencela”
5. “Mengumpat” bermaksud berkata buruk di belakang orang yang diumpat dan “mencela” ialah mengeji seseorang yang berada di depannya
6. “Celaka besar kepada orang yang mengumpat (mengatakan yang buruk) kepada orang lain disebabkan perkara “dunia” semata-mata
7. (Orang yang beragama tidak berperangai begini)
8. Dia mengumpat orang lain kerana dunia semata-mata
9. Begitu juga “lumazah”, iaitu yang mencela sesorang secara terbuka dan berdepan-depan
10. (Mereka berbuat demikian kerana) Semata-mata kerana dunia, tiada langsung kaitan dengan akhirat
11. Yang kerjanya hanya mengumpulkan harta dan menghitung kekayaannya
12. Dia menyangka bahawa harta yang ia himpun akan mengekalkannya dalam kebahagiaan dan kesenangan
13. Tetapi itu tidak benar! Dia akan dihumban ke dalam neraka “al-Hutamah”
14. Tahukah kamu apa itu “al-Hutamah”?
15. “al-Hutamah” adalah api Allah. Yang akan dinyalakan dengan arahan Allah
16. Yang akan membakar hati-hati (mereka) yang menyangka harta ini akan mengekalkan kebahagiaan
17. Sesungguhnya api ini ditutup rapat di atas seluruh badan mereka
18. Dan dia diikat dengan tali pada batang yang amat tinggi
EKSTRAKS DARI TAFSIR RINGKAS (MAULANA ABD HADI)
==================================================
1. Demi masa! Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian yang besar
2. Kerana masa yang ada adalah amat singkat tetapi tuntutan untuk disempurnakan adalah banyak. Begitu juga, ujian dan halangan amat banyak
3. Kecuali mereka yang benar-benar beriman dan dapat melakukan amal soleh, dan dapat berpesan kepada kebenaran kepada hamba yang lain, dan dapat bersabar dalam berpesan sehingga akhir hayat.
4. Barulah seseorang itu tidak rugi.
5. Beriman dan beramal soleh, bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi berpesan-pesan dengan perkara yang benar kepada yang lain.
6. Amalan berpesan-pesan melibatkan orang lain, tetapi amalan soleh biasanya hanya diri sendiri.
7. Beramal soleh sahaja tidak cukup dan masih rugi kecuali sentiasa berpesan-pesan kepada kebenaran kepada orang lain.
8 .(Berpesan-pesanlah berkenaan wahyu kerana) tidak ada yang lebih benar daripada wahyu.
9. Berpesan-pesanlah kepada kebenaran kepada yang lain supaya orang lain dapat beriman dan beramal soleh dan juga seterusnya dapat berpesan-pesan pula.
10. Tugas berpesan-pesan kepada kebenaran ini adalah tanggungjawab sepanjang hayat
11. Oleh itu kita hendaklah sabar.
12. Dan mereka saling berpesan supaya sabar dengan tanggungjawab ini sampai mati.
13. Kerana berpesan-pesan kepada perkara yang hak (kebenaran) ini boleh jadi sekerat jalan. Apabila ianya terhenti sekerat jalan, ianya dikatakan tidak sabar
14. Untuk seseorang lulus dalam ujian ini, maka sikap sabar adalah perlu.
15. Oleh itu hendaklah berpesan dengan sabar supaya akhirnya berjaya
Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.
(1) Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), –
(2) Sehingga kamu masuk kubur.
(3) Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!
(4) Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!
(5) Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui – (apa yang kamu akan hadapi) – dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat).
(6) (Ingatlah) demi sesungguhnya! – Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.
(7) Selepas itu – demi sesungguhnya! – kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!
(8) Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!
[ Terjemahan Bahasa Malaysia Dari http://www.surah.my/ dan mungkin ada sedikit perbezaan dengan terjemahan oleh Maulana Abd Hadi ]
EKSTRAKS DARI TAFSIR RINGKAS (MAULANA ABD HADI)
==================================================
1. Berlumba-lumba kerana tamakkan “dunia”
2. Kamu telah dilalaikan dari melakukan persiapan untuk akhirat kerana berlumba-lumba untuk memperbanyakkan (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh),
3. “Memperbanyakkan (“dunia”)” bermaksud “sesuatu yang tidak ada keperluan”
4. Sekiranya ianya adalah keperluan, tidak ada kesalahan dan tidak tercela untuk mendapatkannya tetapi jika untuk memperbanyakkan, tujuannya adalah salah
5. Ianya adalah satu penyakit kepada orang yang tidak peduli tentang akhirat
6. Masanya habis dengan “takaathur” ( memperbanyak)
7. Dia tidak akan diberi petunjuk dan insaf di atas kesalahannya oleh Allah taala
8. Surah ini memberitahu bahawa manusia dilalaikan kerana keinginannya hanya memperbanyakkan (dunia) semata-mata bukan untuk kegunaan
9. Dan tidak tahu bahawa ianya adalah satu kesalahan
10. Dia tidak sedar adalah satu kesalahan memperbanyakkan dunia tetapi bukan untuk digunakan
11. Dia hanya akan sedar bila dia “sampai” ke kubur
12. Dari hadis nabi diberitahu bahawa, jika sifat tamak manusia tidak dirawat, seseorang itu tidak akan “kenyang” (merasa cukup) dengan apa yang dimilikinya, walau diberi beberapa lembah emas.
13. Yang menyebabkan ia berhenti dari ketamakannya ialah tanah kuburnya
14. Ianya satu penyakit yang tidak boleh disembuhkan, jika tidak diubat dengan betul
15. Kamu pasti akan ketahui, bila engkau mati
16. Kamu pasti akan ketahui, bila kamu bangkit dari kubur
17. Sekiranya kamu dapat tahu sekarang ini, semasa hidup di atas dunia, (dengan) ilmu yang menyebabkan kamu yakin, nescaya kamu tidak akan dilalaikan dengan memperbanyakkan harta
18. Kalaulah kamu dapat mengetahui dengan ilmu yang boleh meyakinkan kamu nescaya kamu tidak akan dilalaikan oleh perbuatan memperbanyakkan harta
19. Maksudnya, yang boleh mengubat kelalaian manusia dalam mengumpulkan harta adalah ilmu
20. Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu akhirat. Inilah rawatan yang sebenar. Kerana akhirat yang diceritakan dalam al-Quran memperlihatkan syurga.
21. Syurga itulah yang boleh merawat sifat buruk manusia. Ianya ada pengganti (kepada kekurangan di dunia).
22. Sekiranya selalu didengar (al-Quran yang menceritakan tentang syurga) ianya akan akan menyembuhkan penyakit…
23. “Ilmu yaqin” ini akan menghasilkan “keyakinan sebenar”
24. Ulama sependapat bahawa ilmu tersebut berdasarkan bukti, kerana tanpa bukti ianya tidak akan meyakinkan
25. Kamu pasti akan melihat neraka Jahim
26. Kemudian kamu akan lihat neraka Jahim dengan “mata” yakin
27. Maksudnya, kamu lihat betul-betul dengan mata kamu (kerana berlakunya perkara ini di akhirat)
28. Bila kamu mati dalam keadaan tidak beriman (derhaka), kamu akan ditanya tentang nikmat Allah untuk dibalas (dihukum)
29. Maknanya, segala nikmat yang diberi Allah adalah percuma, tidak akan ditanya
30. Tetapi orang yang dilalaikan dengan sikap memperbanyakkan dunia ini akan ditanya
31. Kerana lalai menyebabkan mereka cuai, segala nikmat yang Allah beri akan ditanya. (Kenapa kamu guna nikmat Allah, sedangkan kamu tidak taat?)
32. Maknanya kamu tidak layak menggunakan nikmat Allah kerana kamu tidak taat
33. Tetapi nikmat Allah adalah percuma kepada orang-orang yang beriman dan taat kepada Allah
EKSTRAKS DARI TAFSIR RINGKAS (MAULANA ABD HADI) –
==================================================
1. Kezaliman orang yang ingkar, dia zalim kepada orang lain lebih dari binatang.
2. (Ada kalanya) Haiwan, contohnya kuda lebih patuh daripada tuannya sendiri.
3. Manusia yang tidak mentauhidkan Allah, dan tidak ingat tentang akhirat dan tamakkkan “dunia” adalah dia lebih zalim dari binatang yang dia pelihara.
4. Allah berikan satu contoh.
5. “Demi kuda-kuda yang mengeluarkan bunyi semasa ia berlari”
6. ” ‘Adiaat” bermakna kuda yang laju, yang pakar berlari dan berbunyi (kencang nafasnya semasa berlari)
7. “Demi kuda-kuda yang memercikkan bunga api bila kakinya bersentuh batu semasa berlari”
8. “Demi kuda-kuda yamg sanggup merempuh musuh di pagi hari (sebelum subuh)”
9. “Demi kuda-kuda yang menerbangkan debu (semasa menyerang musuh)”
10. “Demi kuda-kuda yang sanggup bertempur ditengah-tengah musuh”
11. (Kuda-kuda itu berbuat demikian) kerana semata-mata patuh kepada tuannya. Tuannya menarik tali kekang supaya memecut.
Dia pun memecut, dia berlari sehingga keluar bunga api dari kakinya. Dia bersedia untuk berkhidmat walaupun kuda-kuda lain sedang tidur. Dia sanggup merempuh musuh walaupun dia tahu dia mungkin akan mati. dia boleh masuk ke tengah-tengah medan (pertempuran)
12. (Ini adalah) semata-mata kerana patuh kepada tuannya.
13. Allah ingin beritahu kepada kita,
14. “Sesungguhnya manusia amat tidak patuh (bersyukur) kepada tuhannya”
15. Hakikatnya, manusia tidak bagi apa-apa pun pada kuda;dan kuda tidak dapat banyak (manfaat) dari tuannya. Tapi ia (amat) patuh kepada tuannnya.
16. Sedangkan, segala-gala yang manusia dapat adalah dari Allah. Tetapi manusia tidak mampu patuh pada Allah.
17. Sesungguhnya diri manusia amat tidak bersyukur dan tidak mematuhi tuhannya. Tidak sebagaimana kuda dengannya (manusia).
18. Kenapa manusia tidak patuh (kepada tuhannya)? Ini adalah kerana cinta “dunia”.
19. Sesungguhnya dia sendiri bersaksi bahawa dia tidak patuh kepada tuhannya! Sesungguhnya dia sangat-sangat kasih kepada harta.
20. Dengan sebab itu larangan-larangan Allah tidak diendahkannya.
21. Perintah-perintah Allah tidak diendahkan; semuanya kerana harta.
22. Cinta harta menyebabkan dia derhaka (kepada tuhannya).
23. Walaupun dia sebenarnya hamba Allah, dan segala-galanya
adalah pemberian daripada Allah, dia tetap derhaka kerana cinta pada harta.
24. “Rawatan” kepada penyakit cinta kepada harta ialah “mati”.
25. “Tidakkah dia tahu, bila dia dibangkitkan dari kubur. Dan akan dizahirkan, apa saja yang ada dalam hatinya”. Syirik atau pun iman.
26. Maka di ketika itu terserlah keadaaan dan balasan yang sebenar.
27. Perkara pertama yang dinilai adalah hatinya. kalau ada iman, maka ditengok baik atau buruk amalnya
.
28. Jika amal baiknya lebih banyak maka dia akan dimasukkan ke dalam syurga, jika amal buruknya lebih banyak dia masuk neraka terlebih dahulu, kemudiannya barulah dimasukkan ke masuk syurga
29. Tetapi jika hatinya kufur, dia terus dihumbankan ke dalam neraka, tiada pilihan lagi
30. Sesungguhnya Rabb mereka , pada hari itu amat mengetahui
EKSTRAKS DARI TAFSIR RINGKAS (MAULANA ABD HADI)
===================================================
1. Intipati surah az-Zalzalah ialah ancaman di akhirat kepada orang degil di kalangan musyrikin
2. Apabila bergoncangnya bumi dengan sekuat-kuatnya pada tiupan sangkakala yang kedua, bumi pun keluarkan segala bebannya (orang yang mati, dihidupkan kembali)
3. Bila dibangkitkan semula, manusia bertanya dengan kehairanan, “Apa yang telah terjadi?”
4. Pada hari itu, bumi akan bercerita tentang berita-berita yang pernah berlaku padanya (dan ia menjadi saksi)
5. Rabb telah merintahkannya berlaku demkian (dengan cara yang tersendiri)
6. Pada hari itu manusia akan keluar dari kubur masing-masing dengan berbagai-bagai keadaan (sebagai balasan)
7. Untuk diperlihatkan balasan terhadap amalan yang pernah mereka lakukan
8. Oleh itu perkara yang paling penting ialah amalan kita semasa di dunia.
9. Sesiapa yang dapat melakukan seberat zarah amal baik, dia akan dapat tengok balasannya
10. Dan sesiapa yang melakukan seberat zarah amalan buruk, dia akan dapat tengok balasannya
Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.
(1) Orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) serta orang-orang musyrik, tidak akan terlepas (dari kepercayaan dan amalan masing-masing) sehingga datang kepada mereka bukti yang jelas nyata, –
(2) Iaitu seorang Rasul dari Allah yang membacakan (kepada mereka) Lembaran-lembaran Suci,
(3) Terkandung di dalamnya pelajaran-pelajaran dan hukum-hukum yang benar.
(4) Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Kitab (Taurat dan Injil) itu, tidak berpecah-belah melainkan setelah datang kepada mereka bukti yang jelas nyata.
(5) Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Agama yang benar.
(6) Sesungguhnya orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab dan orang-orang musyrik itu akan ditempatkan di dalam neraka Jahannam, kekallah mereka di dalamnya. Mereka itulah sejahat-jahat makhluk.
(7) Seungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk.
(8) Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya.
[ Terjemahan Bahasa Malaysia dari http://www.surah.my/ dan mungkin ada sedikit perbezaan dengan terjemahan oleh Maulana Abd Hadi ]
EKSTRAKS DARI TAFSIR RINGKAS (MAULANA ABD HADI)
===================================================
1. Surah ini menceritakan tentang kedegilan orang kafir Mekah dan kedegilan ahli kitab.
2. Orang ingkar di kalangan penduduk Mekah dan ahlul Kitab tidak akan meninggalkan agama mereka itu sehingga datang penjelasan (yang kukuh dan nyata) (tetapi ini hanya dakwaan mereka sahaja).
3. Ahli kitab menunggu-nunggu kelahiran nabi akhir zaman.
4. Begitu juga penduduk Mekah. Mereka berkata, “Sekiranya kami diberi kitab, pasti kami akan lebih terpimpin dari Yahudi dan Nasara”
5. Mereka seolah-olahnya sedang menunggu (nabi akhir zaman).
6. Inilah dakwaan-dakawaan mereka sebelum lahirnya nabi s.a.w
7. Mereka mendakwa tidak akan meninggalkan agama masing-masing (iaitu, Ibrahimi untuk orang Mekah, atau agama Yahudi atau Nasara) sehingga datang penjelasan yang sebenar (iaitu kelahiran nabi Muhammad]
8 “al-Bayyinah” bermaksud “Rasul dari Allah”.
9. Yang membaca kitab-kitab yang suci.
10. Di dalamnya ayat-ayat (surah-surah) yang sangat bernilai
11. Tetapi apabila datang wahyu sebenar yang dibawa oleh nabi yang ditunggu-tunggu, mereka tidak boleh menerimanya
12. Ayat-ayat sebelum ini hanyalah dakwaan mereka sahaja; manakala ayat-ayat selepas itu adalah apa yang sebenarnya berlaku
13. Yang berlaku ialah, “Dan tidak berpecah belah orang yg diberi kitab kecuali setelah datang kepada mereka itu penjelasan yang sebenar (sebahagian dari mereka betul-betul beriman dan sebahagiannya tidak)
14. Sedangkan mereka tidak diarahkan oleh Allah dalam kitab mereka (Taurat, Injil, Suhuf Ibrahim) kecuali sama seperti yang dibaca oleh Muhammad iaitu mereka tidak diarahkan oleh Allah taaal melainkan beribadat kepada Allah dengan setulus-tulus hati.
15. Tidak condong kepada ajaran lain kecuali hanya kepada amalan tauhid, mendirikan solat dan menunaikan zakat
16. Ketiga-tiga amalan ini (iaitu tauhid, solat dan zakat) dituntut di dalam kitab-kitab terdahulu (Suhuf Ibrahim, Taurat dan Injil)
17. Inilah teras dan asas kepada agama yang benar dan betul.
18. Sesungguhnya mereka yang ingkar dari kalangan ahli kitab dan musyrikin Mekah, mereka akan dimasukkan ke dalam neraka jahannam dan mereka kekal di dalamnya.
19. Mereka yang bersikap seperti itu adalah sebodoh-bodoh makhluk (semoga Allah lindungi kita semua).
20. Bahawa mereka yang benar-benar beriman dan dapat melakukan amalan soleh; mereka adalah sebaik-baik makhluk
21. Balasan untuk mereka di sisi tuhan mereka ialah Syurga Adn, mengalir di bawahnya sungai-sungai.
22. Mereka kekal di dalamnya buat selama-lamamnya
23. Allah redha kepada mereka dan mereka amat berpuashati di atas pemberian (balasan) Allah
24. Segala-gala ini (iaitu syurga dan redha) adalah bagi mereka yang ada sifat takut dan gerun kepada Allah.
Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.
(1) Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
(2) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
(3) Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
(4) Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
(5) Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
[ Terjemahan Bahasa Malaysia dari http://www.surah.my/ dan mungkin ada sedikit perbezaan dengan terjemahan oleh Maulana Abd Hadi ]
Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.
(1) Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
(2) Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
(3) Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, –
(4) Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, –
(5) Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
(6) Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya),
(7) Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.
(8) (Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali (untuk menerima balasan).
(9) Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang) –
(10) Seorang hamba Allah apabila ia mengerjakan sembahyang?
(11) Adakah engkau nampak (buruknya) jika ia berada di atas jalan yang betul? –
(12) Atau ia menyuruh orang bertaqwa (jangan melakukan syirik)?
(13) Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika ia mendustakan (apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadanya) serta ia berpaling ingkar?
(14) Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)?
(15) Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka), –
(16) Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.
(17) Kemudian biarlah ia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya),
(18) Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya)!
(19) Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!
[ Terjemahan Bahasa Malaysia dari http://www.surah.my/ dan mungkin ada sedikit perbezaan dengan terjemahan oleh Maulana Abd Hadi ]
EKSTRAKS DARI TAFSIR RINGKAS (MAULANA ABD HADI)
===================================================
1. Sibukkanlah diri dalam men”tabligh”kan (menyampaikan) al-Quran untuk menjelaskan tentang tauhid
2. Lima ayat pertama dari surah ini adalah yang mula-mula turun kepada nabi s.a.w
3. Semasa ayat ini diturunkan nabi membaca bukan dari tulisan dan nabi tidak boleh membaca sehingga wafat
4. Maklumat bahawa nabi tidak boleh membaca ada dalam kitab Taurah dan Injil
5. Lambang nabi kita ialah “ummi” sebagaimana terdapat dalam kitab Taurat dan Injil. Sifat “ummi” nabi ini kekal sehingga wafat
6. Musuh Islam cuba menghilangkan fakta dalam Taurat dan Injil dengan mendakwa nabi pada akhirnya boleh menulis. Kalau kita bersetuju dengan perkara itu (nabi boleh menulis), maka orang Yahudi akan berkata, nabi kamu itu adalah nabi palsu kerana dalam kitab kami dinyatakan nabi itu “ummi”.
7. “Ummi” ialah lambang nabi kita
8. “Baca” dalam ayat ini bermaksud “baca” mengenai aqidah
9. “Bacalah (wahai Muhammad) dengan meminta bantuan berkat nama Rabb kamu yang telah menciptakan”.
10. Rabb yang mencipta semua makhluk.
11. Rabb merupakan sifat yang paling dikenali (tentang tuhan).
12. “Yang telah menciptakan manusia (sebagai makhluk terbaik) daripada segumpal darah”
13. “Bacalah! Rabb kamu adalah yang maha mulia”. “Bacalah! Rabb kamu adalah yang maha mulia, yang Maha Pemurah”
14. “Yang telah mengajar manusia rahsia qalam”
15. Dengan qalam (bila ia menulis), manusia boleh menangis, takut, ketawa, berdengki, berperang
16. Itulah rahsia qalam. Dengan hanya melalui tulisan sahaja manusia mengeluarkan air mata (kerana sedih), ketawa, takut. Itulah rahsia qalam. Dengan qalam, manusia boleh memahami
17. Dan Allah juga, mengajar manusia apa yang dia tidak tahu , walaupun tanpa perantaraan qalam
18. Inilah lima ayat pertama yang diturunkan kepada nabi s.a.w
19. Ayat-ayat al-Quran ini mengajar manusia untuk kenal Allah. Jangan selewengkan makna ayat-ayat ini
20. Ayat-ayat ini adalah supaya nabi mengenal Allah
21. Allah yangg Maha Mencipta dan memberi kepada manusia sesuatu yang istimewa
22. Supaya meresap ke dalam hati nabi tentang jasa-jasa Allah. Dan supaya nabi bersedia untuk menerima apa saja tunjuk ajar dan arahan dari Allah
23. Ada dalam ayat-ayat tadi lafaz “baca”. Ianya bukan bermaksud semata-mata “membaca” tetapi tidak kenal Allah
24. Nabi baca ayat ini sampai wafat tetapi dia tidak tahu membaca sampai akhir hayatnya. Maksudnya, ayat ini tidak memaksudkan semata-mata perbuatan “membaca”.
25. Bukan bermaksud nabi baca surah ini sehingga pandai membaca tulisannya.
26. Mungkin ada orang bertanya, kamu ajar ayat suruh orang membaca tetapi kamu sendiri tidak boleh membaca. Ini mungkin memberi isyarat bahawa al-Quran ini mempunyai kelemahan
27. Sebenarnya, melalui ayat ini, Allah ingn mengajar supaya mengenali Allah dengan mengenali sifatNya dan jasaNya kepada hamba
28. Bila manusia mengenali Allah melalui sifat-sifatNya, ciptaan dan jasaNya kepada kita, kita akan bersedia untuk ikut perintahNya
29. Begitulah, sebagaimana sesorang membalas jasa ibubapa yang memeliharanya. Kebiasaanya jika seseorang tidak dipelihara oleh ibubapanya, dia tidak akan ada keinginan untuk berbakti kepada orangtuanya
30. Jasa itui penting. Allah memberitahu bahawa, Dia maha mencipta. Dia ajar manusia, dan manusia pun tahu. Sifat “tahu” ini sebesar-besar nikmat yang ada pada manusia.
31. “Sesungguhnya, manusia itu sangat melampaui batas, hanya kerana dia merasakan dirinya sudah kaya (dan sudah cukup, tidak memerlukan kepada yang lain)”
32. “Sesungguhnya kepada Rabb kamulah kembali segala-galanya”
33. “Adakah kamu nampak seorang manusia yang menghalang dan melarang seorang hamba apabila dia sembahyang”
34. Ada orang yang larang buat maksiat, dan ada orang yang melarang seseorang dari menunaikan sembahyang
35. Dari riwayat disebutkan namanya Abu Jahal, yang melihat nabi sembahyang yang mana bercanggah dengan apa yang mereka lakukan, dia mengejek-ngejek dan melarang nabi dari melakukan sembahyang
36. Dalam satu peristiwa, ketika Abu Jahal ingin menghalang nabi sembahyang di Masjidil Haram, Allah menampakkan malaikat Jibril. Lalu Abu Jahal lari seperti kanak-kanak ketakutan. Bila ditanya, dia menjawab, “Aku nampak perkara yang tidak dilihat oleh kamu”
37. Apakah pandangan kamu jika orang yang bersembahyang atau mengingatkan orang lain supaya bertaqwa kepada Allah itu, berada di atas petunjuk?
38. Orang yang ditegah dari sembahyang itu berada di atas petunjuk, dia juga mengarahkan orang lain supaya menjadi baik dan bertakwa
39. Apakah pandangan kamu tentang seorang lain yang mendustakan wahyu, aqidahnya rosak, dia tidak melakukan amalan taqwa dan taat?
40. Tidakkah dia tahu bahawa Allah sedang melihatnya?
41. Sebenarnya, sekiranya dia tidak berhenti dari perbuatan-perbuatan yang tidak sepatutnya itu. Nescaya Kami akan tarik ubun-ubun kepalanya. Ubun-ubun seorang yang betul-betul mendustakan lagi jahat
42. Biarkan dia panggil mereka yg berada dalam majlisnya. Kami akan panggil malaikat Zabaniah kami.
43. Janganlah kamu patuh kepadanya.
44. Sujudlah dan berusahalah untuk hampir kepada Allah.