Dengan mengambil pengajaran daripada ancaman al-Quran dan sejarah, manusia hendaklah meninggalkan kekufuran dan sifat tidak mengenang budi. Mereka hendaklah memilih jalan tauhid dan syukur.
=========================
TEMA UTAMA SURAH IBRAHIM
=========================
1. Maksud penurunan al-Qur’an adalah bahawa Allah menghendaki manusia keluar daripada kegelapan syirik dan kesesatan kepada cahaya tauhid dan jalan yang lurus (Ayat 1).
2. Pemimpin-pemimpin yang tidak bersyukur akan ni’mat Allah boleh membawa kaumnya ke negeri kehancuran dan kemusnahan (neraka) (Ayat 28).
3. Allah menyeru manusia supaya merenung dan berfikir tentang bagaimana Dia telah melengkapkan dunia ini dengan segala benda yang diperlukan, ni’mat-Nya tidak terhitung dan tidak terhingga.
4. Allah mengingatkan manusia tentang pemberian bersyarat-Nya bahawa jika manusia bersyukur nescaya akan Dia akan menambah (ni’mat) kepada mereka, dan jika mereka tidak bersyukur maka azab yang akan menimpa mereka kerananya sangatlah teruk (Ayat 7).
1. Jihad adalah saru keperluan dalam menentang musyrikin Mekah dari kalangan Bani Isma’il.
2. Keperluan jihad menentang Ahli Kitab iaitu golongan Yahudi dan Nashara.
3. Keperluan jihad melawan orang-orang munafiqin.
4. Keperluan mendidik orang-orang Islam yang masih mentah.
==============================
TEMA UTAMA SURAH AT-TAUBAH
==============================
1. Ahli Kitab telah mengabaikan ayat-ayat di dalam Taurat dan Injil, mereka sebaliknya menjadikan para “ahbar” (ulama’) dan pendita-pendita mereka sebagai tuhan yang menghalalkan dan mengharamkan sesuatu untuk mereka, padahal mereka diperintah supaya beribadat dan taat hanya kepada Allah semata-mata, ini bererti mereka telah melakukan “Syirik dalam syariat”.
2. Orang-orang musyrikin itu kotor di sudut aqidah mereka, kerana itu mereka tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam kawasan tanah haram. (Ayat 28)
MESEJ UTAMA SURAH AL-ANFAAL ==============================
1. Falsafah Jihad.
2. Adab dan disiplin Jihad.
3. Galakan berjihad.
4. Hukum perang dan damai.
5. Kelebihan-kelebihan Jihad.
==============================
TEMA UTAMA SURAH AL-ANFAAL
==============================
1. Jihad ibarat pembedahan yang mesti dilakukan terhadap anggota badan manusia. Jihad merupakan rahmat kepada kemanusiaan, sebagaimana dalam keadaan-keadaan tertentu untuk menyelamatkan nyawa manusia, pembedahan, tidak dapat tidak, mesti dilakukan. Begitulah juga kehidupan bangsa dan umat, kadang-kadang kehidupan mereka perlukan jihad. Jika tidak, bumi ini akan dipenuhi fitnah dan kerosakan yang besar. Dengan berjihad, kanser berupa fitnah dan kerosakan yang boleh membahayakan tubuh bangsa dapat dihilangkan. (Ayat 73)
2. Orang-orang Islam dilarang daripada bersikap seperti orang-orang Yahudi yang mendengar perintah tetapi tidak mahu menurutnya. (Ayat 21)
3. Orang-orang yang mendengar seruan agama tetapi buat-buat tidak dengar diumpamakan dengan makhluk yang paling jelik iaitu makhluk yang tidak berakal, tuli dan bisu. (Ayat 22)
4. Umat Islam hanya akan digeruni dan ditakuti pihak musuh dan akan mendapat pertolongan Allah jika mereka taat dan patuh, bersabar, beristiqamah dan berdisiplin. (Ayat 46)
1. Menyatakan undang-undang tuhan dalam membinasakan bangsa-bangsa dan undang-undang penukaran bangsa-bangsa.
2. Sejarah dakwah enam orang Rasul.
3. Pengajaran daripada kehancuran enam bangsa.
4. Pembuktian tentang aqidah tauhid dan pembatalan aqidah syirik.
5. Seruan supaya beriman kepada Rasul terakhir, Muhammad s.a.w.
==============================
TEMA UTAMA SURAH AL-A’RAAF
==============================
1. Kebinasaan kaum-kaum terdahulu adalah kerana mendustakan nabi-nabi mereka; kaum Nuh telah ditenggelamkan (Ayat 64), Kaum ‘Aad telah dibinasakan dengan angin yang kencang, orang-orang yang beriman kepadanya pula diselamatkan (Ayat 72), Kaum Shaleh (Kaum Tsamud) dibinasakan dengan gempa bumi yang kuat (Ayat 78), Kaum Luth telah dihujani dengan hujan batu dan api (Ayat: 84), kaum Shuaib juga telah dibinasakan dengan gempa bumi yang dahsyat (Ayat 91) dan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya telah ditenggelamkan di dalam laut Qulzum (Ayat 136).
2) Dengan menceritakan kisah Adam dan Hawwa’ kepada anak cucunya, Allah mahu mengingatkan mereka tentang tipu daya Iblis. Mereka jangan sekali-kali terpedaya dengan Iblis kerana ia adalah musuh. Iblis mendorong manusia melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak bermaruah dan keji. Iblis dan puak-puaknya dapat melihat manusia sedangkan manusia pula tidak nampak mereka. Allah menyebutkan orang-orang yang tidak beriman sebagai kawan Ibhs. (Ayat 27)
1. Pewaris agama yang ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim dan aqidah tauhid yang dibawa baginda dari kalangan Bani Ismail bukan dari kalangan orang-orang kafir Mekah, tetapi yang sebenarnya ialah Nabi Muhammad.
2. Perbahasan dan pertikaian pendapat dengan orang-orang musyrikin Mekah.
3. Kritikan terhadap pelbagai bentuk kesyirikan.
4. Bahagian-bahagian tauhid
5. Tuntutan-tuntutan aqidah tauhid
==============================
TEMA UTAMA SURAH AL-AN’AAM
==============================
1. Hukum yang sebenar dan tepat hanya berpunca dari Allah. Dialah yang menghukum dengan tepat dan memberi keputusan yang terbaik.
2. Allah boleh menyeksa sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan bermacam-macam cara, contohnya:
a) Dengan melepaskan hujan, kilat dan lain-lain dari arah atas,
(b) Dengan mencetuskan gempa bumi, tanah runtuh dan banjir dan lain-lain dari bawah
(c) Dengan mencetuskan perang antara bangsa-bangsa dan puak-puak berkepentingan di dunia.
1. Untuk mendapat kejayaan dalam mempraktikkan syariat terakhir yang diturunkan Allah kepada Rasul terakhir s.a.w, umat Islam hendaklah mengikhlaskan hati dan menjauhkan diri dari sikap-sikap dan sifat-sifat orang Yahudi dan Kristian.
2. Tiada ruang langsung dalam Islam untuk fahaman sekularisma.
======================================
TEMA UTAMA SURAH AL-MAA’IDAH
=====================================
1. Umat Islam diperintah supaya menjaga segala bentuk perjanjian yang dibuat (Surah al-Maa’idah, Ayat 1).
2. Tidak ada hakim dan pembuat undang-undang yang lebih baik daripada Allah (Surah al-Maa’idah, Ayat 50).
3. Orang-orang yang membuat keputusan tidak mengikut hukum yang diturunkan Allah (al-Qur’an dan Sunnah) sama ada ia kafir, zalim atau fasiq. ( Surah al-Maa’idah, Ayat 44, 45, 47).
2- 04:42 – Zaman Diturunkan & Kelebihan Dan Fadhilat Surah Aali `Imraan
3- 08:13 – Perkaitan Surah Aali `Imraan Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
4 – 08:27 – (a) Di akhir Surah al Fatihah tersebut dua perkataan ini: الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ (orang-orang yang dimurkai) dan الضَّالِّينَ (orang-orang yang sesat).
(b) Di akhir Surah al Baqarah, Allah mengajar satu doa kepada orang-orang Islam, iaitu فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ (tolonglah kami dalam menghadapi orang-orang kafir)
(c) Sebagaimana al Kitab yang disebutkan pada ayat kedua
(d) Dipermulaan Surah al Baqarah (lihat ayat ke 26)
(e) Didalam surah al Baqarah disebut tentang Nabi Adam yang dijadikan Allah sebagai khalifah di bumi.
5- 46:06 – Ciri-Ciri Yang Dikongsi Bersama Oleh Surah Al-Baqarah Dan Surah Aali `Imraan
6- 48:00 – Beberapa Kata Kunci Terpenting Di Dalam Surah Aali `Imraan
7- 49:15 (a) Berkali-kali di dalam Surah Aali `Imraan ditegaskan bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah. (b) Dua Bahagian Besar Surah Aali `Imraan Dan Struktur Makronya. (c) Struktur Makro Surah Aali `Imraan. (d) Mesej Utama Surah. (e) Empat Tema Utama Surah Aali `Imraan. (f) Hubungan antara Ahli Kitab dan orang-orang Islam. (g) Beberapa Hukum dan Perintah lain untuk orang Islam. (h) Sebab-sebab dan faktor-faktor yang membawa kepada kekalahan sementara orang-orang Islam pada peperangan Uhud. (i) Peranan orang-orang munafiq dalam perang Uhud
SINOPSIS
====================================
MESEJ UTAMA SURAH AALI ‘IMRAAN
====================================
Empat langkah perlu diambil untuk kemenangan Islam:
1. Dakwah kepada Ahli Kitab
2. Mengambil manfaat daripada kebaikan yang ada pada Ahli Kitab
3. Menjauhi keburukan yang ada pada ahli kitab
4 Kesatuan dan kesepakatan umat Islam di samping mereka diikat dengan pergerakan yang tersusun.
===============================================
KELEBIHAN DAN FADHILAT SURAH AALI ‘IMRAAN
===============================================
Hadith bermaksud, “Bacalah kamu al-Qur’an, kerana ia akan datang pada hari kiamat nanti sebagai pemberi syafa’at kepada orang-orang yang membacanya. Bacalah dua surah yang gilang-gemilang, (Surah) al-Baqarah dan Surah Aali ‘Imraan, kerana kedua-duanya akan datang pada hari kiamat nanti sebagai dua kumpulan awan atau sebagai dua payung besar atau sebagai dua kumpulan burung yang terbang berbaris-baris dengan tujuan membela pembaca-pembacanya” .
====================================
TEMA UTAMA SURAH AALI ‘IMRAAN
====================================
1. Manusia kadang-kadang boleh sesat meskipun ia menggunakan petunjuk dari Allah. Keadaan itu berlaku apabila ia menyalahgunakannya. Salah satu bentuk penyalahgunaan kitab suci yang diturunkan oleh Allah, iaitu apabila manusia meninggalkan ayat-ayat yang “muhkamaat” dan suka sangat mengharungi ayat-ayat “mutasyabihaat”. Umat Islam diajar supaya sentiasa berdoa, “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberian”.
2. Dinyatakan kepada Ahli Kitab dengan terang bahawa agama yang diterima di sisi Allah hanyalah Islam.
Kena biar boleh kata apa yang kita tidak pernah dengar
Kena biar boleh dengar apa yang orang tidak kata
SINOPSIS
=================================
MESEJ UTAMA SURAH AL-BAQARAH
=================================
“PERUBAHAN KEPIMPINAN”
Mesej utama Surah al-Baqarah ialah mengisytiharkan penukaran kepimpinan. Kepimpinan Bani Israil bermula dari zaman Nabi Ya’qub dan Nabi Yusuf a.s. berterusan sehingga Nabi Muhammad s.a.w. dilantik menjadi nabi. Zaman kepimpinan dan kekuasaan mereka meliputi sekitar 2,500 tahun. Kerana sikap Bani Israil yang melampaui batas dan tindak-tanduk mereka yang sentiasa melanggar hukum-hukum ketentuan Allah, akhirnya setelah Nabi s.a.w. dilantik menjadi rasul, pangkat mereka ditarik dan jawatan kepimpinan yang ada pada mereka dilucutkan. Kemudian pangkat “menjadi saksi atas perbuatan manusia” diberikan kepada umat Islam dan gelaran “umat yang adil dan terpilih” juga dikurniakan kepada mereka. Pangkat dan gelaran itu diberikan kepada umat Islam buat selama-lamanya hingga ke hari kiamat.
=================================
KEUTAMAAN SURAH AL-BAQARAH
================================
1. Hadith bermaksud: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Janganlah kamu jadikan rumah-rumahmu kubur. Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibaca di dalamnya Surah al-Baqarah”.
2. Hadith bermaksud: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kamu bacalah surah al-Baqarah. Kerana membacanya membawa keberkatan, meninggalkannya (tidak membacanya) menyebabkan penyesalan dan pembacanya tidak dapat dikuasai (dikalahkan) oleh tukang-tukang sihir”.
Rasulullah s.a.w. bersabda, bermaksud: “Sesiapa membaca ayat al-Kursi selepas setiap sembahyang fardhu, niscaya tidak ada apa-apa lagi yang menghalangnya daripada masuk syurga selain mati”.
KELEBIHAN DAN FADHILAT DUA AYAT TERAKHIR SURAH AL-BAQARAH ================================================================
Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Maksudnya: “Dua ayat di akhir surah al-Baqarah, sesiapa membacanya pada sesuatu malam, ia akan cukup untuknya (pada malam itu)”.
Qaedah Kedua: Firman Allah s.w.t. Bermaksud: Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu (al-Baqarah : 216).
القاعدةالثالثة: قولهتعالى:
وَلَاتَنْسَوُاالْفَضْلَبَيْنَكُمْ
Qaedah ketiga: Firman Allah s.w.t. Bermaksud: Dan janganlah kamu melupakan kelebihan di antara kamu. (al-Baqarah : 237).
Qaedah Keempat: Firman Allah s.w.t. Bermaksud: Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, (14) Walaupun dia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri). (15). (al-Qiyaamah :14-15).
القاعدةالخامسة: قولهتعالى:
وَقَدْخَابَمَنِافْتَرَى
Qaedah Kelima: Firman Allah s.w.t. Bermaksud: Sesungguhnya orang yang berdusta, tetap hampa dan kecewa. (Thaha : 61).
القاعدةالسادسة: قولهتعالى:
وَالصُّلْحُخَيْرٌ
Qaedah Keenam: Firman Allah s.w.t. Bermaksud: Perdamaian itu lebih baik (bagi mereka daripada bercerai-berai) (an-Nisaa’ : 128).